Sunday, 8 May 2011

HARI IBU...

Hari ni adalah hari yang paling bererti buat para ibu-ibu diseluruh dunia,,,,tapi tidak pada diriku,,, tiada lagi ucapan buat diriku dari anak yang amat aku kasihi,,,kerna aku sudah kehilangan insan yang selalu mengucapkan'HAPPY MOTHER DAY ,MUM..AND I LOVE YOU MOTHER ...Daniel mak nantikan lafaz kata darimu,,mak harapkan kad ucapan untukku,,,tapi kini tiada lagi,setelah kau pergi....Daniel,,setiap hembusan nafasku hanya untukmu,,setiap denyutan nadi ku jua buatmu,,aku hanya mengharapkan kasih sayangmu,aku hanya mengharapkan mimpi-mimpiku menjadi realiti,tapi aku tak terdaya kerna aku tak punya kuasa,untuk merampasmu dari ketentuan yang maha esa...Daniel,,namun aku mengerti kerna masih ada kuasa yang menyayangimu selain dari diriku,kerana kau layak menjadi kekasihnya,tidak seperti aku yang sudah terlalu leka dengan duniawi...Danial adakah aku akan dapat mendakap mu diakhir kehidupan kita nanti,dihari kita akan dibangkitkan..dapatkah aku mendakapmu daniel....layakkah aku untuk mendampingimu kerna aku sedar aku tidak suci sepertimu..aku tidak punya apa yang ada hanyalah sekelumit cinta dan kasih buat dirimu,,,Daniel,,aku akan cuba menjadi manusia yang layak disisinya,yang bisa sepertimu untuk menjadi tetamunya dialam sana,,,aku akan cuba agar aku dapat menemui mu,,kau nantilah aku dipintu syurga....