Monday 19 March 2012

suratan atau kebetulan.....

setiap malam aku hanya bermimpi ada seseorang memberikan aku seorang bayi diatas pusara arwah anakku..aku tak mengerti apakah maksud yg tersirat didalam mimpi ku,,,ahhh adakah ini hanya sebuah mimpi,,,tapi aku sering berharap mungkin ada suatu keajaiban yg akan berlaku,,mungkin allah akan memberi pengganti buat diriku....memang tepat jangkaan ku bila aku hamil lagi walaupun ada alat dalam rahimku yg aku tidak mungkin hamil lagi..kuasa allah mengatasi segalanya...pada mulanya aku seperti orang yg hilang arah ,,aku menangis,aku bimbang dan aku asyik dalam kerisauan mengenangkan kandunganku ini,,,adakah harus diteruskan kerana aku bakal menanggung risiko pada diriku dan kandunganku ini,,,ya allah apakah maksud semua ini....dan akhirnya kebimbanganku terjawap apabila arwah anakku muncul dalam mimpi memujukku agar aku meneruskan kandunganku ini dan menjaganya dengan baik kerna bayi inilah yg akan membuang segala kesedihan dan derita selama aku kehilangannya,dan bayi ini juga yg akan merubah segalanya,,bila aku tersedar dari mimpi aku terus menangis sepuas hatiku..ya,,mungkin bayi ini yg menjadi galang ganti arwah,,aku bersyukur padamu ya allah... keesokkan harinya aku menemui pakar untuk rawatan,doktor menyelok rahimku untuk mencari alat didalam tapi tidak jumpa bila di scan rupanya alat itu sudah jauh kedalam rahim,, doktor menyarankan untk aku menggugurkan bayi ini,aku tidak mahu dan mahukan bayi ini seperti yg di amanahkan oleh arwah...doktor memberi tahu risiko keguguran amat tinggi tapi aku tetap akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa bayiku ini,,,tidak sanggup untuk kehilangannya...aku dibekalkan dengan ubat anty keguguran,,,pada selang beberapa minggu aku melawat pusara ankku seperti kebiasaannya,,aku berbisik di nisannya menyatakan aku akan menjaga kandungan ini...seperti aku menjaganya,,selesai membersihkan kawasan perkuburan aku pun pulang,,,pada malam hari ketika aku berbaring tiba2 darah mengalir begitu banyak sekali,,aku menggigil ketakutan,,aku menangis takut yg aku bakal keguguran....ya allah    janganlah kau mengambil setelah kau memberi,,kasihanilah aku,,,,derita yg dulu masih belum hilang janganlah kau menguji aku dng ujian yg seberat ini,,,aku tak mampu.....aku terus di kejarkan ke hospital pantai,,doktor memberitahu kandunganku selamat cuma uri dibawah yg menyebapkan pendarahan,aku di beri suntikan untuk menguatkan kandunganku....ya allah ...terima kasih kerana kau sudi mendengar rintihanku ....aku disarankan untuk berehat sehingga melahirkan kerana doktor bimbang kalau2 aku akan tumpah darah yg akan menggadaikan nyawa aku dan bayi ini...aku redha akan ketentuanmu ya allah....walaupun ujian ketika aku hamil ini amat berat aku redha,,aku tak kisah walau masih ada sihir yg dihantar padaku namun aku berserah padamu,,,,kerana aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.....