Tidak pernah sedikit pun terlintas dibenak fikiranku, aku akan menerima nasib yang seperti ini.Nasib yang aku sendiri tidak menyangka dan tidak sedikit pun pernah aku menduga......Ya,,,aku percaya semua ini adalah dugaan dari yang maha Esa......Tapi mengapa harus begini.....Ah...aku tak mengerti atau pun aku pura-pura tak mengerti..... Tanggal cuti sekolah tahun lalu (2009)aku perhatikan ada sedikit perubahan pada diri putera kesayanganku...Jari -jemarinya mula membengkak...Aku mula sangsi,aku tertanya-tanya adakah bengkak dijarinya terkena kayu pingpong kerana sejak akhir-akhir ini dia sering berlatih Ping pong disekolah.Tapi sangkaanku meleset,apabila aku amat-amati jari-jemarinya membengkak seperti kepala seekor ular.Hati mula gelisah,setiap kali menjelang senja suhu badannya mula naik ke 39c*.Aku sudah membawa ke klinik tapi masih tidak beransur pulih.Sehingga aku membawa keperubatan tradisional.Bukan aku membawanya ke bomoh tetapi aku membawanya ke orang yang arif tentang ilmu agama.Aku tidak tahu apa penyakit anakku,yang ku tahu anakku terkena gangguan halus yang dihantar oleh manusia yang bertuhankan syaitan yang direjam.Puas aku mencari penawar dari hospital swasta hingga kehospital kerajaan hingga kepakar Selayang namun jawapan tetap sama,andaian demi andaian namun tak jua menemui jawapan.Sehinggalah aku merasa buntu untuk memikirkannya dan aku memutuskan untuk mencari ikhtiar cara lain.Bapaku membawanya ke bomoh tetapi aku kurang setuju kerana bagiku penyakit yang berpunca dari syaitan hendaklah dibakar dengan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah pertelingkahan terjadi antara aku dan bapaku...Namun aku tetap kuat untuk membawa kerawatan perubatan Islam.Semakin hari keadaan anakku semakin pulih,anakku sudah bisa berjalan,makan dan tiada lagi kesakitan dalam tubuh badannya. Aku membawa anak-anakku pulang ke kampung kelihatan dia begitu seronok. Dia memanggil-manggil ibu ku menunjukan yang dia bisa berjalan lagi, terpancar kegembiraan dari riak wajahnya. Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana anakku bisa tersenyum lagi. sambutan ramadha penuh kesyahduaan. anak kesayanganku tidak mahu makan dan minum katanya dia hendak berpuasa, tetapi aku tidak mengizinkan kerana keadaan fizikalnya baru beransur pulih. Tetapi dia tetap berkeras, aku memujuknya agar berbuka pada tengahari dan menyambung semula puasa selepas itu. Dia akur dengan satu pertayaan "sah ke mak puasa abang ni?" aku amat terharu,walaupun anak aku dalam keaadan sakit dia masih mampu untuk menunaikan rukun ISLAM yang ketiga, dia tetap bersolat dalam keaadaan duduk atau berbaring.... YA ALLAH sungguh mulia hati anakku ini...
Syawal ku sambut dengan kepiluaan. Biasanya anakku inilah yang paling gembira menyabutnya, dia akan mengikut rombongan marhaban dari rumah kerumah. Tapi tidak pada syawal yang ke10 bagi dirinya.. Anakku baru sahaja berusia 10tahun, namun penderitaan sebegini yang terpaksa dia terima. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Namunku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pada pertengahan bulan10 anakku mengalami cerit berit, aku membawanya ke klinik namun cerit berit nya tetap berterusan. Tubuhnya tidak bisa menyimpan makanan lagi. Setiap kali dia makan, dia pasti akan membuang air besar. Ya ALLAH dugaan apakah ini.... Aku menanggis semahu- mahuku, aku tidak tergamak melihat penderitaan anakku. Kenapa tidak aku saja yang memikulnya. Aku redha seandainya aku menerima penderitaan ini. Dia tidak layak menaggung semua ini kerana dia terlalu kecil. Hanya seorang kanak-kanak yang tak mengenal apa erti hidup. Aku terlalu kecewa kerana ada manusia yang tergamak mencipta duka pada kami sekeluarga. Tidakkah dia terfikir kesan yang terpaksa kami tanggung. Pada 27.10.2010 genaplah usia nya 11tahun, ku belikan kek dan ku hadiahkan sehelai baju kemeja oren, dia gembira namun sempat mengucapkan "kalau mak tak ada duit mak tak payah la susah-susah" aku terharu lalu menitis airmataku tidak henti-henti. Aku merasa kebimbangan mula menular di dalam benak hatiku. Anakku mengalami susut berat badan yang ketara Ya ALLAH tolong la aku panjangkan lah usia anakku.. aku memohon pada mu Ya ALLAH. Setiap anakku membuang air besar, aku menaggis bila melihat susuk tubuhnya yang semakin kurus hanya tinggal tulang dan kulit sahaja. Hatiku terlalu sakit namun aku redha dengan 'Qada dan Qadar' ALLAH s.w.t... Hari berganti hari, anakku semakin kritikal dia memeluk tubuhku dalam keadaan yang terketar-ketar, memohon ampun dan maaf dariku. Hatiku mula bergetar adakah ini tanda-tanda dia akan meniggalkan aku. subahanallah aku tak mampu menolak takdir.
Pada 01.12.2010, aku pindah kerumah baruku, dalam keadaan yang tidak menentu aku bertanya ''kenapa abang menangis?'' lalu dia menjawab "Semua orang gembira," lalu aku berkata "mak pun tak gembira kalau keadaan anak mak mcm nie mak boleh gembira ke?'' soal ku pada dirinya. Kami sama-sama menagis dan kami sama-sama berjanji tidak akan berpisah. Hari ketiga kami dirumah baruku tepat pukul 7.30malam anakku tiba-tiba beruabah tidak mampu bercakap aku menangis memeluknya matanya melilau-lilau ke atas dan bawah... Ya ALLAH apa lagi yang terjadi pada anakku.... Aku terus membawa ke rumah Hj.Ramli orang yang bertanggung jawab merawatnya, sampai di sana dia mulai dia sedar.. Ya ALLAH aku bersyukur dan kami berjanji lagi tak akan berpisah. Dia membisik padaku tak akan meniggalkan aku, aku menangis mencium dan memeluknya. Ya ALLAH izinkanlah aku merawat luka di hati anakku.. keesokan harinya anakku masih lagi cerit berit. Ketika aku menbawa ke klinik untuk rawatan, tapi malangnya pihak klinik mengarahkan agar aku ke hospital. Sampai di hospital anakku di tahan di wad, anakku merintih. Dia tidak mahu tinggal di wad, aku memujuk agar dia menerima rawatan akhirnya dia akur.. Dari riak wajahnya kelihatan sugul, aku dapat menyelami hatinya dia memang tidak mahu berpisah dengan ku walau sesaat.. Walaupun kadang kala aku memarahinya, namun dia tahu perasaan aku terhadapnya, marahku hanyalah marah seorang ibu pada anak. Tapi jauh di sudut hatiku anak segala-galanya dalam hidupku. Setiap pagi dan petang, aku akan melawat anak kesayanganku dia asyik mengeluh agar dapat pulang ke rumah. Aku kucup dahinya aku dodoikannya seperti anak kecil sehingga ia terlelap, dia mengadu dia tidak selesa berada di wad. Walaupun dia di tempatkan di bilik yang khas untuknya seorang namun dia tetap tidak suka. Suatu hari pada hari ahad dia menghubungiku mengadu dia di seksa kerana di suruh berpuasa sehingga 3hari lamanya "mak.....kt umah mak bg mkn 3kali,nti ptg ada mkn lain kt hospital org tersiksa nurse tk bg mkn..org nk blik nk duduk dgn mak",, kata-katanya masih mengiang-giang di telinggaku. Pada sebelah malamnya aku datang ku lihat matanya membengkak, kerana seharian menangis ku pujuk dan aku berjanji akan membawanya pulang keesokkan harinya. Ku pujuk supaya dia tidak menangis, namum dia tetap menagis... Dia mengadu padaku seorang jururawat bertubuh kurus tinggi dan berpangkat sering membentak-bentak ketika melayan anakku, seperti tidak ikhlas menjalankan tugasnya.... Hatiku memang terlalu sakit bila mendengar keluhan anakku, bukan aku mempercayainya bulat-bulat apatah lagi anak saudara dan anak perempuanku mensahihkannya... Pada hari isnin aku datang, dengan mata kepalaku sendiri menyaksikan tingkah laku jururawat yang sombong itu seolah-olah kami terlalu banyak menyusahkannya... Tidak mengapalah semoga ALLAH yang akan membalas segala perbuataannya suatu hari nanti...... Daniel sayang sabar la ye sayang..... Masih lagi ada mak yang menyayangi dirimu dalam apa jua keadaan, kerana dirimu amat berharga buat diri mak.. Pada keesokkan harinya aku datang ke hospital. Aku menemui doktor Zainah dan berbincang untuk membawanya pulang kerana dia tidak tahan lagi tinggal di hospital. Doktor memberi masa 3hari untuk dia pulang. Aku masuk ke biliknya dan memberitahu padanya dia kelihatan muram.... Kekecewaan terpancar dari raut wajahnya.. Tiba-tiba dia khayal aku bertanya berulang kali jawapannya tetap sama dia dalam keadaan khayal. Aku memberinya air aku suapkan bubur ke dalam mulutnya, mulutnya hanya menyebut Hj.Ramli. Dalam keadaan panik aku memanggil doktor, doktor menyuruh aku bersiap sedia kemungikinan anak aku akan meninggal.. Hancur luluh hatiku,aku menghubungi Hj.Ramli dia pun berkata supaya aku tabah dan tenang kerana anak aku akan meniggalkan aku buat selama-lamanya.. Ya ALLAH berat sungguh dugaanmu.... Tiba-tiba anakku sedar, ketika aku mengucapkan "jgn tinggalkn mak,mak akn jd gila klu abg tk ada" tolonglah.... Bila dia sedar dia hanya menyebut "nk blik rumah, abang tk nk kt sini....." aku pun terus meminta untuk pulang mungkin anakku sudah rasa saatnya hampir tiba dan dia tidak mahu menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.. Ada riak kegembiraan di wajahnya aku mengucup dahinya lalu ku bawa pulang. Ketika diusik oleh bapaku dia menangis "jgn menangis syg, mak bwk abg blik ye...." sampai di rumah ku bawanya ke bilik ku baringkan di atas katil dia tersenyum gembira dia peluk bantal busuknya "rindunya mak dgn bantal nie....." aku masak bubur dan sup lembu untuknya aku menyuapkannya dia makan sedikit dia sempat makan ayam madu kegemaraannya seketul habis. Dia berpesan dia nak makan pada keesokkan harinya. Dia makan coklat yang aku belikan dia memang suka makan coklat apatah lagi coklat Fabuono dan Casbury itulah kegemarannya sejak dulu lagi.. Aku tidak pernah menolak apa yang anakku inginkan.. Segala kemahuannya ku turuti dari kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh walaupun tanpa bantuan dari seorang suami.. Dari usianya 8bulan sehingga 5tahun barulah dia merasa kasih sayang seorang bapa bila aku berumah tangga lagi. Di saat akhir hayatnya dia hanya mahu aku seorang sahaja menemainya tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke dalam biliknya.. Berulang-ulang kali dia mengucapkan kata sayang "abg syg mak, abg syg mak..janji ye kite tk kn brpisah" "mak janji syg, tapi abg jgn tinggalkn mak ea.....klu abg tinggalkn mak, mak boleh jd gile tau" "abg janji ngn mak...." sambil tangan lemahnya menggengam jari jemariku ''klu abg tk da, mak pun tk de ye..? abg tunggu mak..." kata-katanya semakin lemah.... Ya ALLAH tolonglah selamatkan anakku.... Masih lagi aku teringat selang beberapa minggu yang lalu dia sering mengajukan bermacam - macam soalan semuanya tentang akhirat... Bagaimana keadaan syurga, bagaimana nak menjawab jikalau para malaikat menyoal di dalam kubur.. Kalau dia sakit dosa - dosanya sudah terhapuskah.... Ya ALLAH mengapa soalan ini yang diajukan pada aku... Apakah dia sudah tahu tentang kematiannya.... Ya ALLAH... kasihanilah anakku ini... dia terlalu kecil untuk mengerti semua ini... Hatiku mula berdebar jantungku berdegup kencang... Aku sudah mula terasa anakku di saat - saat akhir "mak nk air.. haus... nk air teh..." aku berikan padanya padahal selama setahun dia tidak meneguk air itu.. "nk ape lg syg...?" "belikan bateri cpt" kelam kabut adik - adikku membeli bateri untuk kereta kawalan jauh yang baru di belinya "semua org boleh masuk....org besar masuk dulu...papa...papa...papa..." dia memanggil manggil suamiku lalu menghulurkan coklat, lalu suami ku berkata "papa amik 2 bole tk?'' lalu dia menjawab ''tk boleh amik 1 je....bdk-bdk sume bole masuk, cibom npe cibom nangis?" dia mengajukan soalan kepada adiknya, lalu berkata "jgn la nangis, kejap lg abg dah tk de...." ya ALLAH apa yang anakku katakan ini... tolonglah aku... kasihanilah aku... "mak......abg syg mak...abg syg mak..." berulang - ulang kali dia melafaz kan kata-kata yang menyentap hatiku... "abg tlong la jgn tingglkn mak, tolong la syg jgn tingglkn mak....'' ''mak abg dah pnt nk tido...abg tunggu mak ye...'' aku ingin menyimpan kereta kawalan jauhnya, tapi dia menyatakan hendak membawanya tidur ya ALLAH berat sungguh dugaanmu.... Dia mengarahkan supaya semua orang keluar hanya aku saja harus menemaninya di saat akhir.. "tidur la syg..." dia lelapkan matanya sambil memeluk keretanya, ku tepuk - tepuk punggungnya yang hanya tinggal tulang menitis air mataku, air mata kehancuran.... Ku nyayikan lagu yang biasa ku nyayikan... Matanya terus lelap tidak buka lagi.. Suara dengkuran perlahan - lahan kedengaran.... Hatiku pilu melihat susuk tubuhnya yang hanya tinggal rangka dan kulit saja.. Aku menangis semahuku hatiku merasa gusar... Air liur meleleh di celah - celah bibirnya,aku mengelap namun masih keluar juga. Aku bertambah risau. Bulu romaku mula meremang, tiba - tiba lidahnya berdarah aku berlari mengambil sudu takut kalau - kalau dia tergigit lidahnya. Kakinya semakin sejuk, bibirnya semakin pucat. Suamiku memanggil jiran tetangga.. Aku mengajarnya mengucap bilaku bertanya "abg dgr suara mak tk?" dia hanya menitiskan air mata, belum sempat berbuat apa - apa anakku telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan sekali lafaz lailahahilallah dengan sekali hembusan yang terakhir tepat jam 1.15pagi hari selasa 14.12.2010 terhentilah denyutan nadi... "subahanallah...subahanallah...subahanallah...'' itu la kata - kata terakhirnya.. Dunia seakan gelap, aku terduduk kaku.... Ingin sekali aku meraung, kenapa semua ini terjadi padaku, anakku sudah tiada.. "abg jgn tingglkn mak......". Anakku dibawa ke hospital pada keesokkan harinya dengan menaiki landrober polis.. Sekali lagi aku merasa seolah aku jua akan pergi.. Aku mengiringinya sesampai di hospital jenazah anakku di bawa ke unit bedah siasat sementara menuggu doktor Azizan untuk mengesahkannya. Setelah di sahkan jenazahnya di bawa pulang olehku sendiri dengan menaiki kereta kawan adikku. Aku memangkunya, 11tahun aku bersamanya kini dia tiada lagi. Sesampai di rumah jiran - jiran sudah menunggu. Jenazah di uruskan pagi itu juga, di mandikan, di kapankan dan di sembahyangkan.. Ketika jenazahnya di masukkan ke dalam keranda sekali lagi aku tidak sedarkan diri, mujurlah ada ustaz yang menyedarkan aku. Ku gagahi jua untuk ke tanah perkuburan melihatnya buat kali terakhir.... Setelah di kebumikan talkin di baca, hatiku seolah hancur, luluh perasaan ini. Bukan kerana aku tidak menerima takdir, aku redha tetapi aku amat kecewa jika benar anakku terkena sihir buatan manusia, mengapa masih ada manusia yg kejam tergamak meragut kebahagian aku dan anakku.... YA ALLAH YA TUHAN KU ! JiKA BENAR LAH ANAKKU TERKENA SIHIR BUATAN MANUSIA KAU TUNJUKKAN LAH KEKUASAAN MU... KAU PERLIHATKANLAH DI RUANG MATAKU.... KAU DENGARKANLAH DI TELINGAKU SUATU PEMBALASAN DI ANTARA TUJUH LAPISAN LANGIT DAN TUJUH LAPISAN BUMI DENGAN TUJUH MALAPETAKA KEPADA TUJUH KETURUNANNYA DENGAN TUJUH HEMBUSAN NAFAS TERHAPUSLAH TUJUH SETERU SYAITAN YANG DI LAKNAT ALLAH DENGAN TUJUH LAFAZ KALIMAH LAILAHAHILLAH MUHAMMAD DARASULLALAH.... ALLAHUAKhBAR !!
Al-fatihah buat anakku Muhammad Daniel Nazrul Eizzat. Semoga roh mu di cucuri rahmat... Mak akan sentiasa di sampingmu, walaupun didalam alam khayalan....Amin
No comments:
Post a Comment