Thursday, 9 June 2011

AKU TERPAKSA MENERIMA RAWATAN.....

Hari nie aku terpaksa akur untuk menerima rawatan diklinik psikiatri dan kesihatan mental,walaupun aku  x rela tapi aku terpaksa menurut kehendak orang2 yg ada disekeliling ku.....Hatiku terlalu sebak bila ada orang yg bertanyakan tentang arwah sehingga aku sendiri tidak terdaya untuk meluahkan apa yg tersirat dan tersurat didalam benak hatiku....Sehingga kini aku masih lagi tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa aku telah kehilangan arwah,,,bagi diri ku arwah masih ada didalam benak fikiranku,,,aku masih menanti akan kepulangan arwah yg entah kapan akan tiba,,.Hari2 yang aku lalui aku cuma anggap ia adalah satu mimpi yg suatu hari nanti aku akan sedar dan berharap arwah masih ada didakapanku..Tapi,entahkan bila?benarkan?atau wujudkah semua itu ,yg pasti aku harap aku akan bangkit dari mimpi ngeri ini....Aku akan sentiasa menanti arwah hingga kehembusan nafasku yg terakhir,walaupun orang menyangka aku hilang ingatan tapi aku pasti arwah akan kembali dan aku akan sedar dari mimpi......aku tak sanggup untuk meneruskan apakah yg aku alami kini,..aku tak terdaya untuk meneruskan liku2 perjalanan aku ini......semoga aku akan terjaga dan arwah masih disisiku,,,, ya allah tolonglah aku....kasihanilah aku.....berilah aku kesempatan untuk aku  meneruskan kehidupan aku bersama anak2ku,,,kembalikanlah ia,,bangkitkanlah aku dari mimpi ini....aku merayu hanya padamu........

No comments:

Post a Comment